Thursday 12 December 2013

Latar Belakang

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia telah bersetuju supaya dilaksanakan Makmal Transformasi Pembangunan Belia sebagai satu usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar generasi Y di negara ini. Makmal yang dilaksanakan pada 1 November 2010 hingga 10 Disember 2010 telah menghasilkan 6 inisiatif transformasi yang dilihat wajar untuk dilaksanakan khususnya dalam menjadikan generasi Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara.

Salah satu inisiatif tersebut adalah adalah mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Parlimen Belia Malaysia merupakan platform bagi menyuarakan suara belia yang berbeza daripada kaedah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). MPBN telah diwujudkan pada tahun 1971 sebagai satu forum ala “Parlimen Belia” bagi membincangkan pendekatan, isu serta aktiviti pembangunan belia negara.
Peranan MPBN ini amat besar dalam sejarah pembangunan belia negara khususnya dalam menentukan hala tuju dan pendekatan pembangunan belia yang perlu berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Hasil makmal mendapati bahawa MPBN amat baik dan wajar diteruskan sebagai forum terpenting bagi menyuarakan pandangan dan “suara belia” dalam pembangunan belia negara. Makmal juga mendapati bahawa MPBN telah melalui beberapa fasa perubahan yang penting dan wajar dalam menangani situasi semasa yang sentiasa berubah. 

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan MPBN sebagai platform dalam menyuarakan suara belia perlu dikaji dan diperkasakan selaras dengan usaha transformasi pembangunan belia itu sendiri. Oleh itu, kementerian melalui makmal telah melahirkan inisiatif Parlimen Belia Malaysia berasaskan jumlah persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Hanya 20 peratus daripada belia Malaysia terlibat dalam persatuan belia.
Parlimen Belia Malaysia ini adalah bagi memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan ahli persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.
RINGKASAN: 
Merupakan satu platform kepada belia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu-isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi perantara belia dengan kerajaan.
 



Rakan-rakan belia yang disayangi & dihormati,

Dijemput melayari.. 

LAMAN WEB CALON AHLI PARLIMEN BELIA

Buani Atiqi bin Abdul Rahman (Terengganu)

 Sebarang pertanyaan / komen / cadangan sila emel ke:

ahliparlimenbelia@gmail.com